Archive for October, 2009

Tiba-tiba, DSAI bagaikan “mabuk pinang muda”…

Posted in Uncategorized on October 25, 2009 by mokthar

Assalamualaikum Wrt. Wbt…

Maka, berkatalah DSAI kerajaan meminggirkan Kementerian Pertahanan dalam Bajet 2010 yang dibentangkan oleh DSN di Parlimen pada Jumaat, 23 Oktober 2009 lalu.

Jab, aku nak gelak macam samseng Kampung Dusun dulu: Muahahahaahaha… (sambil gentel hujung misai)

Mabuk pinang muda ke apa mamat nih? Masa berkempen di musim Pilihanraya Umum Ke-12 lalu, bukan main hebat ungkit semua perolehan yang dibuat oleh Angkatan Tentera Malaysia tak perlu, melibatkan komisyen kepada kroni, rasuah, SUKHOI SU30-MKM, PT-91M, serta Scorpene adalah tidak perlu, mahal dan menghabiskan duit rakyat. Tiba-tiba, bila perbelanjaan Kementerian Pertahanan dikurangkan, dia pulak nak bising2 mengatakan KEMENTAH dipinggirkan.

Bro, lu ni apsal? Ada apa-apa ker nie? Sebab Mat Terap kat Bagan Pinang tak sokong pakatan lu? Bukan lu ker yang nak bawa balik Chin Peng dan iktiraf dia sebagai pejuang kemerdekaan? Abis tu, Mat Terap yang hilang nyawa, buta mata, kudung kaki, hilang upaya seumur hidup dek perbuatan khianat Parti Komunis Malaya atau PKM tu pejuang apa pulak? Oooo…itu pejuang UMNO ek? Eh, dulu bukan lu pun pejuang UMNO totok ker?

sinar20harian2020bajet2

Advertisements